GSRTerbalik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum khas untuk pengguna dan peminat enjin GSR/MIVEC generasi kedua
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

SELAMAT KEMBALI BERFORUM BUAT SAHABAT SEMUA

 

 rahsia kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...

Go down 
AuthorMessage
miftahuljannah55
Members
Members
miftahuljannah55


Posts : 28
Points : 46
Join date : 26/09/2011
Age : 43
Location : batu pahat,johor

rahsia kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat... Empty
PostSubject: rahsia kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...   rahsia kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat... EmptyWed Oct 26, 2011 9:56 am

Bila kita berjuang, kita akan diuji dengan pembohongan diri dan rasa keikhlasan.
Bila kita bertawakkal, kita akan diuji dengan kesangsian dan hilang keyakinan.
Bila kita berukhuwwah, kita akan diuji dengan ketulusan hati dan sejati.
Bila kita sakit, kita akan diuji dengan kesabaran dan redha.
Bila kita miskin susah, kita akan diuji dengan kekufuran dan hilang rasa bertuhan.
Bila kita kaya senang, kita akan diuji dengan kesombongan dan lupa diri.
Dan berbagai-bagai lagi ujian yang tak perlu kita sebut satu persatu…
Ketahuilah bahawa semua kurnian Allah itu ada dugaan dan ujiannya.

Namun percayalah, apa jua masalah di dunia ini, ia sebenarnya bukanlah masalah. Tetapi ia hanyalah ujian iman dalam mencapai kasih Allah.
Dan fahamilah betul-betul bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula dari alam kubur kelak. (sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapinya…?)
Sedarilah bahawa sebanyak-banyak dan bermacam-macam ujian yang kita hadapi sepanjang hayat kita, itu sebenarnya hanyalah SATU ujian saja yang Allah berikan pada kita. Semua ujian tersebut sebenarnya hanyalah ujian PERASAAN sahaja. Kesemua ujian hakikatnya berlegar di sekitar persoalan mengenai perasaan kita saja.
Jadi, tak perlulah kita risau, gusar, khuatir, tertekan, kecewa, buntu, sedih dan putus harapan. Kerana itu hanyalah ujian PERASAAN kita saja.
Ketahuilah sesungguhnya, Allah telah pun memberitahu kita JALAN KELUAR atau UBAT MUJARAB kepada segala permasalahan kita atas dunia ini.
Apakah UBAT PALING MUJARAB itu?
Yaa, itulah AL-QURAN. Kalamullah yang Mulia.

Maka, suburilah hati kita dengan al-Quran. Kerana cukup hanya dengan Quran, kita sudah dapat rasa cukup atas segala-galanya. Kerana pada al-Quran itu lah ada segala-galanya.
Kerana AL-QURAN itu adalah RAHSIA KEBAHAGIAAN HIDUP kita dunia dan akhirat.
Jika begitu, mengapa kita masih buntu? Mengapa kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju? Mengapa kita masih rasa tidak menentu?
Sedangkan Allah sudahpun memberitahu. Al-Quran itulah yang boleh membantu. Jadi, apakah tindakanmu? Tengok dan lihat saja al-Quran itu…?
Renung-renungkan dan selamat beramal.....sama2 kita baca dan memahaminya...
Back to top Go down
 
rahsia kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 7 keajaiban dunia
» Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GSRTerbalik :: Sembang-Sembang :: Bicara Agama-
Jump to: